Dalam pelancaran ‘Aku Janji”-nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan manifesto yang seakan-akan manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat (PAKATAN) beberapa minggu yang lalu. Namun, apa yang kekurangan adalah Najib tidak memberi penyelesaikan kepada bagaimana beliau hendak menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam menghadapi kenaikan taraf hidup dalam negara.

Di mana Najib ingin meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib gagal untuk menyatakan usaha mampan dan berjangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya rakyat Malaysia yang miskin. Pemberian BR1M ini ternyata tidak mencukupi untuk meliputi satu tahun, malah perbelanjaan satu minggu bagi sebuah keluarga di kawasan bandar terutamanya kawasan-kawasan maju seperti Lembah Klang. Di mana PAKATAN merancang untuk mengurangkan kadar caj air dan caj elektrik untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia, Najib masih meneruskan pemberian wang tunai yang tidak akan mengeluarkan rakyat Malaysia yang miskin dari kemiskinan.

Najib ingin meneruskan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan barangan yang dijual oleh KR1M mungkin lebih murah kerana tidak berjenama akan tetapi, dengan skandal kualiti rendah atau merbahaya, Najib telah menolak hak rakyat Malaysia untuk akses kepada barangan berkualiti pada harga berpatutan. Beliau telah menggalakkan situasi, kualiti rendah, harga rendah, keselamatan dan kesihatan rakyat diabaikan pada jangka masa panjang.

Najib juga mengutarakan menaikkan Baucer buku 1Malaysia (BB1M) dari RM250 kepada RM300 namun pada masa yang sama, Najib tidak mengutarakan sebarang rancangan untuk membantu para pelajar pada jangka masa panjang, iaitu di mana kadar yuran kemasukan universiti kian meningkat terutamanya di sektor swasta, masih tiada penyelesaian alternatif kecuali penerusan pinjaman PTPTN yang sebenarnya membantu pihak institusi pengajian tinggi meraih keuntungan dan membebankan para pelajar terutamanya selepas habis pengajian.

Begitu juga rancangan Najib untuk melaksanakan dasar 1Malaysia 1Harga untuk barangan keperluan asas. Akan tetapi, pada masa yang sama, Najib gagal untuk menyatakan mekanisme untuk memastikan dasar tersebut tidak menguntungkan mana-mana pihak berkepentingan. Ini adalah berbeza dengan PAKATAN merancang untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan merupakan suatu permulaan yang positif untuk membantu rakyat menghadapi taraf hidup yang kian meningkat. Di samping meletakkan jenama politik kepada barangan keperluan asas rakyat, ianya tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah kabotaj di Sabah dan Sarawak.

Najib juga tidak menyatakan rancangan untuk membantu warga Sabah dan Sarawak untuk menghadapi kenaikan barangan memandangkan kedua-dua negeri mempunyai kadar kemisikinan antara yang tertinggi di Malaysia. Memandangkan dasar 1Negara 1Harga ini hanya meliputi barangan keperluan asas, ianya mempunyai skop yang lebih kecil dari skop yang diberikan oleh manifesto PAKATAN untuk menghapuskan dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak.

Dalam manifesto BN, Najib memilih untuk mentransformasikan automotif negara dengan mengurangkan harga kereta sekurang-kurangnya 20 peratus akan tetapi, walaupun ianya diambil dari rancangan PAKATAN untuk menurunkan harga kereta dalam cara menghapuskan duti eksais, ianya tidak memberikan rancangan terperinci mengenai mekanisme untuk menurunkan harga serta jangka masa yang diperlukan untuk menurunkan harga kereta.

Secara asasnya, di bawah Najib, amalan pemberian wang tunai diteruskan tanpa memberikan penyelesaian kukuh kepada masalah kemiskinan dan ketidakmampuan rakyat untuk menghadapi taraf hidup yang kian meningkat. Di mana Najib meletakkan jenama politik ke atas keperluan asas rakyat seperti pendidikan, perumahan, barangan runcit, kesihatan, Najib memilih untuk mempolitikkan kehidupan seharian rakyat.

Manifesto BN vs PAKATAN: Kos Sara Hidup

Bil

Barisan Nasional

Pakatan Rakyat

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah, RM600 untuk orang bujang Harga minyak akan diturunkan dengan menyalurkan laba dari pendapatan minyak negara
2. Baucer buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan kepada RM300 Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yang selari dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam
3. Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150 Elaun sara hidup akan diberikan kepada pelajar di institusi awam.Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihapuskan.
4. Harga kereta diturunkan antara 20 – 30% secara berperingkat Merombak Dasar Automotif dengan menghapuskan cukai eksais.Mengeluarkan kereta serendah RM25,000 sebuah.
5. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditambah Menghapuskan monopoli untuk menurunkan harga barang
6. Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang akan digerakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta Menurunkan caj air yang lebih rendah.Subsidi berjumlah RM25 bilion akan disalurkan untuk menurunkan caj elektrik
7. Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas Menghapuskan sistem kabotaj di Sabah dan Sarawak
8. Membina 1 juta rumah mampu milik dan 500,000 rumah di bawahPerumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Pastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran

Membina 150,000 rumah kos milik (bawah RM75,00 bagi kategori kos rendah dan RM250,000 bagi kos sederhana)

Leave a comment